sila letak link blog anda =)

sila letak link blog anda,i'll follow u back,insyaAllah..tq =)
Red Sketch Heart

The only guidance

Saturday, April 2, 2011

fikirkan boleh!

Memetik kata-kata dari Esther & Jerry Hicks,penulis Law of Attraction: The Basics of The Teaching Abraham:


"Segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan.Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu.Kesedaran mengenainya dan memahami bagaimana ia berfungsi  begitu penting bagi kita,supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya."

Apakah kaitannya dengan 'fikirkan boleh'? Apa yg sy cuba kongsikan dengan sahabat2 pada entry kali ini adalah segala perkara yg kita fikirkan dengan seluruh perhatian,tenaga dan fikiran sama ada perkara positif(+) @ negatif(-),akan datang dalam kehidupan kita.Itulah definisi Hukum Tarikan,seperti yg ditulis Micheal J.Losier dalam  Law of Attraction (2007).
MAKE UP YOUR MIND!
Jadi,kita mesti berhati-hati ketika memikirkan mengenai kehidupan.Segala apa yg kita fikir dan ungkapkan akan bertindak balas dalam kehidupan kita.Yg lebih menakjubkan, kitabuna          AL QURAN juga mempunyai kuasa ini.Setiap kali selepas membacanya,fahami maksudnya,hati nurani akan menjadi semakin cerah,bersemangat dan bertenaga! Percayalah! Quran seolah-olah membawa jiwa kita menuju kebahagiaan dalam kehidupan ini.Berimanlah dengan Al-Quran dan sunnah.

Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. 
(riwayat Malik)

Menyingkap surah Al-Mukminun ayat 1, yg bermaksud, 

"Sungguh (pasti) beruntung orang-orang yg beriman".

Allah s.w.t telah memberi rumusan besar bahawa orang-orang berimanlah yg dapat jaminan keberuntungan (kejayaan dan kebahagiaan), bukan hanya di dunia tetapi juga mendapat jaminan syurga.

'PERFECT EQUATION'
KEIMANAN = KEJAYAAN = KEBAHAGIAAN

J0m,Fastabiqul Khairat!Ayuh,janakan energi positif dalam kehidupan kita!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

boo-boo dodol namanya...

tolong bagi makan ye ,syukran..=)