sila letak link blog anda =)

sila letak link blog anda,i'll follow u back,insyaAllah..tq =)
Red Sketch Heart

The only guidance

Monday, June 27, 2011

Kembara sejenak di bumi syam..

Alhamdulillah..selamat tiba di bumi anbiya'..setelah berjaya 'melolos'kan diri dari pegawai imigresen di Damascus Airport..sulit untuk membuat mereka percaya bahawa kedatanganku ke negeri syams dengan status 'tourist' bukan sebagai penuntut di jami' Abu Nour..apapun,alhamdulillah dan harini masuk hari ke-2..rutin harian terisi dengan perkara-perkara yg memberi manfaat pada diri..setibanya di sini sengaja ku lukai tangan dengan penuh harapan bahawa aku bukan bermimpi..ya,memang sakit kerna aku bukan bermimpi..berpijaknya kakiku di bumi anbiya' ini adalah nyata bukan maya..Alhamdulillah..buat mama dan ayah,tidak akan aku sia-siakan peluang ini..namun sehingga kini aku masih merasakan bagai bermimpi..

bermulanya rutin harian ku dengan qiyam dan solat subuh seawal jam 3.30 pg..sejukk!!seterusnya jam 9 pagi ke sekolah yg kira-kira 15minit dari kediaman dengan menaiki 'service' :'muhajirin sheikh khalid' +ke 'bab tuma'..keadaan trafik di sini sangat sibuk..semua pemandu bagai 'orang gila'..memandu di jalanraya tanpa garisan..pejalan kaki bagaikan menempah maut tatkala ingin melintasi ke seberang jalan..maa fi nizom fissyari'..tetapi kurang nisbah kemalangan berbanding tanah airku..taajub!..

Di sekolah,maahad fatah al islamiyy..rakan-rakan yang 'dahaga' untuk mempelajari 'lughatul jannah' datang dari seluruh pelusuk negara..britain,korea,turkiy,malaysia,indonesia dan etc..ku sekat diriku dari bertutur dalam bahasa inggeris dengan mereka walaupun ia cara mudah untuk aku dan mereka faham..memg terasa agak sukar bertutur dalam 'lughatul jannah' pada mulanya..tapi ku pegang prinsip :"alah bisa tegal biasa"..thabat! walaupun 'nahu' berterabur..hehe..perjalanan pulang dari sekolah sgt panas dan meletihkan..ah!alah bisa tegal biasa!

Masuk minggu ke 3,jadualku di bumi syam makin padat kerna hanya berbaki sebulan sahaja keberadaanku di sini.Tambang ke skolah makin meningkat ke 50 lira syria setiap hari bersamaan rm3.50.Pada pagi hari,seawal jam 6.15 ,kami bertolak dari rumah menaiki servis-"Miidan Barzeh" ke rumah seorang anisah(ustazah) berdekatan "Mujtahid" -kwsn sekitar lembah damsyik bagi mempelajari pengajian Al Quran-makhraj huruf dan tajwid "bi lisani arabiyy"-insyaALLAH.Selepas kelas pengajian quran,kami terus bertolak ke Maahad Fatah Al Islamiy berdekatan dengan "Bab Touma".Pengajian kami bermula pada jam 9.30 pg hingga 1.00 ptg..Seusai itu,kami terus bertolak ke Maahad Abu Nour berdekatan dengan kediaman kami-di Ruknel Din dari jam 2 ptg-5.30 ptg.Pada hari rabu dan sabtu,pada jam 6 ptg,sejurus selepas tamat pengajian di Maahad Abu Nour,kami ke rumah persatuan di "Mujtahid" bagi mengikuti pengajian talaqqi fiqh. TO BE CONTINUED...doakan kami thabat dan membawa pulang ilmu yang bermanfaat..aamin..

Tuesday, June 14, 2011

mengemis kasihNya..



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah


Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati


Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi


Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
by RAIHAN feat Far East

Monday, June 13, 2011

fenomena al 'ijab bi nafsi!

Aktivis Gerakan Islam tidak terlepas dari bahana penyakit ini. Hal ini mestilah diubati sebelum ia menjadi penyakit tabiat yang membarah, apatah lagi ruang-ruang yang begitu banyak kini boleh digunakan untuk memperagakan diri menjadi tokoh panutan, di facebook, blog dan sebagainya. Di dalam kitab Usul Dakwah karangan Dr.Abdul Karim Zaidan, beliau menyebutkan antara penyakit yang menimpa pendakwah ialah melebih-lebih menampilkan keistimewaan diri dan melupakan peranannya yang paling utama ialah meletakkan kedudukan agama ke tempat yang tersohor, bukannya memuncakkan dirinya sehingga menimbulkan bahasa peribadi,"Ana.. ana..
Penyakit Al I'jab bi Nafsi ini boleh dikenal pasti melalui fenomena berikut:
1) Menonjol Kebaikan Diri
Berbangga dengan diri sendiri merupakan ciri pertama Al I’jab bi Nafsi, di mana seseorang itu akan sentiasa memuji dan mengangkat dirinya sendiri. Pada hal ia lupa atau sengaja melupakan semua itu merupakan kurniaan Allah Taala. Firman Allah yang bermaksud,"Janganlah kamu memuji akan diri kamu. Ia (Allah) lebih mengetahui dengan siapa yang lebih bertaqwa". (Al Najm:32)
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung". (Al Isra’:37)
2) Enggan Menerima Nasihat
Ciri kedua Al I'jab bi Nafsi ialah seseorang itu susah untuk menerima nasihat bahkan ia sentiasa cuba mengelakkan diri dari dinasihati. Pada hal tidak ada kebaikan bagi sesuatu kaum yang tidak mahu mendengar, tidak menerima nasihat.
3) Rasa Gembira Apabila Mendengar Kelemahan Rakan-Rakannya Yang Lain
Ciri ketiga Al I'jab bi Nafsi ialah seseorang itu akan merasa begitu seronok apabila ia mendengar berita tentang keaiban atau kelemahan orang lain, lebih-lebih lagi kelemahan yang ada pada rakan-rakannya. Sikap sedemikian telah mendorong Fudhail bin Iyadh r.a berkata, maksudnya : "Sesungguhnya di antara tanda munafiq seseorang itu ialah ia akan merasa begitu seronok dan senang apabila ia mendengar tentang keaiban yang ada pada rakan-rakannya".
Cara Mengubati Penyakit Al I'jab bi Nafsi
Setelah kita mengenal pasti tentang sebab-sebab dan punca berlakunya Al I'jab bi Nafsi, maka mudahlah bagi kita untuk mengenali cara untuk mengubati dan menghapuskan penyakit ini bahkan juga untuk menghalangnya dari menimpa kita, untuk tujuan tersebut ia dapatlah disimpulkan seperti berikut :
[1] Sentiasa Mengingati Hakikat Kejadian Diri Manusia
Orang yang terpesona dengan dirinya hendaklah faham dan sedar bahawa seluruh tubuh badannya itu kalaulah tidak kerana tiupan Ilahi (roh) sudah pasti tidak mempunyai sebarang nilai. Ia juga perlu sedar bahawa manusia pada asalnya ia dijadikan dari tanah yang merupakan tempat diinjak-injak oleh kaki, dan proses berikutnya ia dijadikan dari air mani yang hina yang menjijikkan orang yang melihatnya. Kemudian ia akan dikembalikan ke tanah sekali lagi, pada masa itu ia merupakan bangkai yang busuk di mana semua makhluk akan menjauhkan diri darinya kerana tidak tahan dengan baunya yang begitu busuk. Dari segi yang lain pula sejak dari ia dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia di dalam perutnya penuh najis dan sisa makanan yang busuk, ia tidak mungkin mendapat keselesaan dan tenang kecuali dengan membuang semua sisa-sisa yang berada di dalam perutnya.
Ingatan dan renungan yang sedemikian banyak dapat menolong dalam mengawal dan menyelamat diri dari kelalaian dan kehilangan pedoman, juga ianya boleh menghapuskan penyakit ini (Al I'jab bi Nafsi), bahkan ia dapat mengawalnya dari terjerumus ke lubuk Al I'jab bi Nafsi sekali lagi.
Cara penyelesaian di atas telah dikemukakan oleh salah seorang golongan salaf apabila ia ditanya oleh seorang yang Al I'jab bi Nafsi dengan katanya, "Adakah anda kenal siapa saya?" Maka ia menjawab: "Ya, saya kenal siapa anda. Pada asalnya anda merupakan segumpal darah yang kotor dan selepas ini anda akan menjadi bangkai yang kotor, tempoh di antara anda dijadikan dan anda dimatikan anda sentiasa mengendong najis (di dalam perut anda)."
[2] Sentiasa Mengingati Tentang Apa Itu Hakikat Dunia & Apa Pula Hakikat Akhirat
Dengan mengingati perkara ini orang yang terpesona dengan dirinya akan sedar bahawa dunia itu hanyalah merupakan ladang untuk akhirat. Biar panjang mana sekali pun umurnya ia tetap akan berakhir. Sesungguhnya akhirat itu merupakan tempat yang kekal dan merupakan tempatnya yang abadi. Ingatan yang sedemikian akan dapat mendorong manusia untuk memperbaiki tingkah lakunya dan membetulkan dirinya sebelum berakhirnya hayat, juga sebelum peluang untuk berbuat demikian terlepas dan terlambat.
[3] Sentiasa Mengingati Nikmat Allah Yang Dilimpahkan Ke Atas Manusia
Seperti yang difirmankan oleh Allah Taala, bermaksud,"Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah kamu tidak akan mampu menghitungnya" (Ibrahim:34)
"Dan (DIA) menyempurnakan untuk nikmatnya zahir dan yang batin". (Luqman:20)
Ingatan yang sedemikian menjadikan seseorang itu menyedari betapa lemah dan miskinnya manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Ekoran dari itu ia akan bertindak membersihkan dirinya dari penyakit Al I’jabil Nafsi, bahkan ia akan cuba menghalangnya dari ditimpa sekali lagi penyakit tadi.
[4] Sentiasa Memikirkan Tentang Mati
Cara yang demikian dapat menjamin untuk dia mencabut sifat mazmumah dari dirinya bahkan sebagai benteng menghadapi penyakit Al I'jab bi Nafsi.
[5] Sentiasa Mendengar & Mengamati Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya
Pada kedua-duanya terdapat penjelasan yang boleh menyembuhkan disamping huraian terperinci yang berkaitan dengan empat cara mengubati yang disebut sebelum ini. Dengan berpandukan kitab Allah (al Quran) dan Sunnah NabiNya S.A.W manusia akan terselamat dari semua penyakit tadi seandainya mereka yakin dengan ajaran tersebut.
[6] Sentiasa Menghadiri Majlis Tazkiyah an Nafs
Majlis-majlis ilmu yang sedemikian akan dapat menolong seseorang itu membersihkan dirinya bahkan juga melindungi dirinya dari penyakit Al I’jab bi Nafsi
[7] Sentiasa Memerhati Keadaan Orang Yang Sakit, Cacat Anggota & Jenazah Yang Sedang Dimandikan, Di-kafan dan Di-tanam
Selepas itu pergi pula menziarahi kubur mereka dari semasa ke semasa dengan merenung tentang keadaan dan nasib mereka di dalam kubur. Cara yang demikian akan dapat mencuit perasaan seseorang dan akhirnya akan mendorong mereka menghapuskan rasa Al I'jab bi Nafsi dan penyakit yang lain yang seumpamanya.
[8] Memperingatkan Ibu Bapa Agar Membebaskan Diri Dari Penyakit Al I'jab bi Nafsi
Mereka hendaklah menjadi contoh yang baik di hadapan anak-anak. Mereka hendaklah faham al I'jab bil Nafsi yang ada pada mereka itu adalah salah, dan mereka hendaklah berkewajipan melekangkan penyakit ini dari diri mereka, juga penyakit-penyakit lain (jiwa dan hati) dan hendaklah bertaubat kepada Allah.
[9] Hendaklah Menjauhkan Diri Dari Bergaul Dengan Golongan Yang Kagum Dengan Diri Sendiri
Dalam masa yang sama hendaklah mendampingi golongan yang tawadhu', yang memahami keupayaan dan kedudukan diri mereka. Tindakan yang sedemikian akan menolong seseorang itu membebas dan melindungi dirinya dari sifat Al I'jab bi Nafsi.
[10] Hendaklah Sentiasa Mengingati Tentang Betapa Perlunya Adab & Tata Tertib Syara'
Memahami bagaimana etika-etika syara' dalam menyampaikan sesuatu penghargaan, pujian, dan penghormatan juga dalam memberikan kesetiaan dan ketaatan. Sesiapa yang terkeluar dari landasan syara’ dalam melakukan perkara di atas hendaklah disanggah dengan sekeras-kerasnya. Tindakan sedemikian merupakan peranan yang besar dalam mengubati diri dan jiwa juga membebaskannya dari Al I'jab bi Nafsi.
[11] Jangan Terlalu Gopoh Untuk Meneraju Kepimpinan
Tunggulah sehingga jiwa benar-benar lurus, dan keupayaannya begitu kental dan mampu untuk menolak godaan syaitan. Cara yang demikian akan memudahkan rawatan penyakit Al I'jab bi Nafsi.
[12] Hendaklah Selalu Mengkaji & Merenungi Sejarah Golongan Yang Terdahulu
Belajarlah bagaimana para salafus soleh mengawal diri apabila bertembung dengan perlakuan ini. Renungan dan pengamatan tadi akan mendorong kita untuk mengikuti jejak langkah mereka atau sekurang-kurangnya melakukan perkara yang hampir serupa dalam membersihkan diri sendiri dari penyakit ini, juga menghalangnya dari bertapak semula ke dalam dirinya.
[13] Melakukan Perkara Yang Boleh Menghapuskan Rasa Sombong
Sebagai contoh dia hendaklah memberi khidmat kepada rakan-rakan yang jawatannya lebih rendah, dengan keluar membeli makanan dipasar dan membawa barangannya seperti yang dilakukan oleh golongan salaf. Adalah diriwayatkan tentang Saidina Umar al Khattab ketika beliau memasuki Syam, beliau telah terhalang dengan takungan air (di tengah jalan), maka ia terus turun dari untanya, mencabut kasut dan memegang kasutnya itu lalu beliau mengharungi air tadi bersama untanya.
Maka Abu Ubaidah 'Amir bin Al Jarrah lantas berkata,"Tuan telah melakukan suatu tindakan yang mengemparkan pada penduduk Syam". Maka Umar terus menepuk dadanya sambil berkata,"Oh! kalaulah orang lain dari engkau yang berkata tentang perkara ini wahai Abu Ubaidah (adalah patut, tetapi engkau yang berkata adalah tidak patut). Kamu sebelum ini adalah sehina dan sekeji manusia, maka Allah melalui perantaraan RasulNya telah memuliakan kamu. Biar bagaimana sekalipun kamu mengejar kemuliaan dengan yang lain dari Allah, Allah tetap menghinakan kamu".
Di dalam riwayat yang lain apabila Umar al Khattab sampai ke Syam, beliau telah disambut oleh penduduk di situ dalam keadaan beliau menunggang unta. Ada seorang berkata kepadanya,"Alangkah hebatnya kalau tuan menunggang kuda untuk bertemu dengan para pembesar di sini". Maka Umar menjawab, "Aku tidak melihat kamu di sini, tetapi aku melihat di sana (sambil tangannya ditunjukkan ke langit). Tolong beri lalaan untuk untaku".
[14] Muhasabah Diri Sepanjang Masa
Muhasabah diri sepanjang masa sehingga ia berjaya mengenal pasti keaiban yang ada pada dirinya sendiri, sekiranya penyakit itu berada ditahap awal maka agak mudah untuk diubati atau melindungi diri darinya.
[15] Mengenal Pasti Akibat & Kesan Yang Timbul Dari Perlakuan Al I'jab bi Nafsi
Mengenal pasti akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan Al I'jab bi nafsi, di mana cara yang demikian memberi kesan yang positif untuk mengubati Al I'jab bi Nafsi.
[16] Memohon Pertolongan Dari Allah Melalui Perantaraan Doa
Memohon pertolongan dari Allah melalui perantaraan doa, pertolongan dan penyerahan diri kepada-Nya dengan harapan Allah akan menyelesaikannya dan membersihkan dirinya dari penyakit ini, juga melindungi dari bencana terjatuh sekali lagi ke perlakuan buruk itu kerana Allah akan menolong hamba yang memohon pertolongan dari-Nya dan menunjukkannya ke jalan yang benar.
[17] Perlu Menekankan Tanggungjawab Individu Tanpa Mengambil Kira Keturunan & Asal Usul
Perlu menekankan tentang tanggungjawab individu, tanpa mengambil kira keturunan dan asal usul. Penekanan yang sedemikian mempunyai peranan yang besar dalam mengubati jiwa bahkan dapat melindungi seseorang itu dari terjerumus sekali lagi ke dalam penyakit Al I'jab bil Nafsi.

dipetik dari TARBAWI 

Thursday, June 2, 2011

syauq ilaik!

Angin,
jika kau hembus lembut mlaluinya,
katakan pdnya,aku teman dan sahabat dia selamanya..
Air,
jika kau mgalir disisinya,
beritahulah pdnya aku mmohon maaf ats segalanya..
Burung,
jika kau terbang mlintasinya,
smpaikan kataku ini kpdnya..
"kita diptemukan lewat takdir Tuhan..kita bsama ats kasih psaudaraan..kita dpisahkn krn batas wktu sharian..
Nmun kasih kita subur bpnjgan..
malah dirimu tidk prnahku tgglkan..
meski kita terpisah seketika..
tp doa yg aku pnjtkan utkmu sntiasa terangkai dlm 1 jmbngn..
malah harumannya tsbar istimewa buat seorg insan..
smoga dirimu mekar dlm bimbingan cinta Tuhan..
selamat maju jaya shbt baikku..
http://www.cute-smiley.com
bittaufiq!

http://www.cute-smiley.com
sa antazir...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

boo-boo dodol namanya...

tolong bagi makan ye ,syukran..=)