sila letak link blog anda =)

sila letak link blog anda,i'll follow u back,insyaAllah..tq =)
Red Sketch Heart

The only guidance

Tuesday, April 26, 2011

selamat berangkat sahabat baikku

Ya Allah,
dalam perjalanan kehidupan ini,
Engkau telah jadikan bagiku teman,
sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambamu ini..
Ya Allah,
lindungilah sahabatku daripada hilangnya rasa nikmatMu,
kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan
nan suci dalam mencari redhaMu,
kurniakanlah keyakinan yg mantap baginya,
janganlah Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa
melainkan telah Engkau ampunkan nya..
Ya Allah,
mantapkan imannya,tinggikan darjat nya,
jadikanlah seluruh cintanya hanya kepadaMu,
aku bermohon baginya kepadaMu,
kerana dia adalah saudaraku yg kucintai..

#selamat berangkat ke Syria,sahabat baikku aisya..semoga kau sentiasa dilindungilah Allah....

Saturday, April 23, 2011

dunno what to do?

 si fulan,aku dah bosan la..tak tahu nak buat apa lagi..makan dah,tgk tv pun dah,ber'facebook' pun dah,main bola dah..hmm,ada idea x nak buat apa lg?

............................................................................................................
Sahabat2, jangan biarkan diri kita dengan tidak teratur @ kosong daripada sebarang pekerjaan sehingga kita tidak tahu apa yg patut kita buat pada setiap waktu.Kerana kelak,kita akan menyesal dan masa akan berlalu dgn sia-sia tanpa apa2 pun aktiviti yg kita ambil manfaat darinya..seperti dalam perumpamaan arab:

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك
masa itu umpama pedang,jika kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotongmu..

waktu adalah umur kita


Ya, waktu adalah umur kita.Dan umur pula adalah modal.Dengan modal inilah kita mencari keuntungan.Hanya dengan umur shja kita dapat peroleh kebahagiaan yg sebenarnya di akhirat kelak di sisi Allah Taala.


Ingatlah,setiap nafas daripada nafasmu adalah laksana batu permata yg tak tnilai harganya kerana ia tidak dapat diganti hatta dengan apa sekalipun dan apabila ia telah sesak,ia tidak akan dapat kembali buat selama-lamanya...


Berhibur tiada salahnya..kerna hiburan itu indah...
wa lakin,tambahlah ilmu dan amal soleh selama mana kita hidup
 kerana umur kita semakin berkurangan,
dan ia semakin hampir dengan kematian..dan
Kematian itu pasti!


كل نفس ذائقة الموت
Setiap yang bernyawa akan merasai mati.

3:185

Friday, April 22, 2011

AIKOLian to be..

Congratulation! You have been offered into our programme in Semester 1, 2011/2012.
BACHELOR OF LAWS (HONOURS) *

Alhamdulillah...Offer letter kluar akhir nya..sbelum kluar duk bising,bila nk kluar..bila nk kluar..bila dh kluar,debaran nya semacam…yelah,bru nk msuk tahun pertama-degree..kawan-kawan lain sume dh nk msuk tahun 2..it’s okay,learning is a process…(sedapkan hati)..Starting from today, I still have 130 days to go…Am I prepared? But, how much? Okay, let’s review my subjects that will be taken for Semester 1, 2011/2012…


MALAYSIAN LEGAL SYSTEM
LAW OF CONTRACT
LAW OF TORT
UNGS
 BAHASA MELAYU KERJAYA
  STUDY CIRCLE
 TRANSACTION IN ISLAMIC LAWS (in Arabic)
  ISLAMIC LEGAL SYSTEM (in Arabic)
  QURANIC & HADITH ON LAWS (in Arabic)

Mahallah yg ana dapat memg mahallah ‘idaman’ semua students…Yeah! Mahallah Salahuddin Al-Ayubi..atas bukit..agak jauh…nk ke Aikol kena melalui 2 mahallah sisters; Sumayyah & Nusaibah…(kalu jalan kaki la) n CAMPUR dgn brothers! Haih,ini yg ana paling kurg gemar…bakal bersesak la ke kiosk dan cafeteria …=(..Mahallah ni la kebanyakan nya ahli SUKSIS,PALAPES (ala2 tentera tu) stay…kalu la tlambat bgun ke kelas,memg ‘selamat’ la ana…minta dijauhkan..
Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws
AIKOL

However, life must go on! Let’s prepare mental and physical…Be a good AIKOL student…Improve your attitude, Sheri…Set your goals! Rabbi Yassir wa laa tu'assir..Aaminn~

Monday, April 18, 2011

duhai hawa,jangan ambil mudah,nanti padah..

Duhai hawa,jgn ambil mudah..kelak mgundang padah!.. Islam suruh kita pakai tudung bukannya secara membuta tuli sahaja. Ada cara yang dinyatakan, so kaum Hawa yang kat luar tu, tak payah la nak tercari2 cara pakai tudung yang betul, ada seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:
“ ... dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)....” (an-Nur : 31)
subhanallah! kan manis tu..

Ha... kan dah terang tang2 kat dalam ayat tu yang menyuruh kaum Hawa ni memakai tudung dengan melabuhkan kain hingga menutup ke dada mereka. Panas??? Ala.. biasa la tu. Kira ok la tu panas dalam dunia ni.. kalau kat akhirat, sehelai rambut tu kalau dibakar selama beribu-ribu tahun, agak2nya kita boleh tahan x?? So, tahan la sikit kat dunia ni. Alah bias, tegal biasa. Lelaki??? Lelaki pun kena jaga juga aurat mereka. Bukannya takda pun..
Kalau soal keadilan tu, hmm... cuba kita bayangkan kalau kita ada sebiji mutiara yang paling mahal di dunia ni. 


Adakah kita nak pamerkan kepada orang ramai sesuka hati tanpa menjaganya dengan penuh rapi dan berhati-hati?? Begitu jugalah dengan rambut tu.. paham??
Ok, selesai bab orang yang taknak pakai tudung. Ingat, pakai tudung tu. Maruah anda di situ ye.. lagi satu, ada orang tanya, kenapa kalau kita pakai tudung, masih ada lagi kes2 rogol dan cabul membabitkan wanita bertudung??? Jawapannya, betul ke anda pakai tudung?? Ataupun anda hanya jadikan kain sutera yang jarang lagi nipis serta pendek hingga terletak di atas bahu anda sebagai tudung??? Betul tak cakap ana. jangan perlihatkan aurat dengan apa cara sekali pun. Termasuk juga dengan menampakkan rambut di balik tudung anda yang nipis tu. Kalau pakai tudung seperti yang disuruh dalam surah an-Nur tadi, maka, InsyaAllah, rogol dan cabul dapat dikurangkan.
“saya da pakai da tudung sampai tutup dada. Tapi still ada yang pandang saya dengan pandangan yang menakutkan. Kenape ek??”
Wah.. dahsyatnya anda. Pakai tudung tapi masih ada yang berani buat macam tu. Tapi, ana nak tanya, anda punya tudung tu datang dalam satu set ke tak??? Kalau anda pakai tudung, tapi baju dan seluar tu macam pakaian yang tak cukup kain, memang patut la anda dilakukan sedemikian. Anda degil untuk memakai pakaian yang longgar dan labuh. Anda nak menampakkan segala lurah dan aurat yang ada. Bentuk badan tu, kalau cutting macam patung kat kedai baju tu, kira munasabah la lelaki nak tengok. Ni da macam.. ntah la nak kata apa.. Mana tak lelaki asyik tengok tayangan percuma anda. Seeloknya, longgar dan labuhkan pakaian anda. Tak rugi anda buat macam tu. Bukankah lebih manis anda begitu. Ana sebagai lelaki puji anda yang berperwatakan muslimah sejati..
Tapi jangan lupa, jangan hentakkan kaki bila berjalan. Takut2 nanti ada yang ikut. Ada dua benda yang akan ikut anda, satu ialah lelaki kerana mereka tertarik dengan bunyi tu. Yela, kalau da bunyi tapak kasut tup tap tup tap... mesti la nak tau sapa tuan punya kasut yang asyik memanggil. Tambah2 bila setan da suruh. Yang kedua, dosa la..
Sang lelaki pula mengadu, “bang, saya tak tahan la bau perfume aweks tu. Walaupun bertudung, dia punya perfume sebatu boleh bau.. sedap pula baunya..”
Dengar tu wahai kaum Hawa.. pakai tudung dan pakaian yang elok da kira cantik da. Tapi jangan la pakai bauan yang mengasyikkan kat luar rumah.. pakai untuk suami atau mahram sendiri takpe la.. nanti jadi apa2 yang tak diingini, sape susah.. diri sendiri juga.. tapi bukan tak boleh pakai sampai keluar bau yang tak menyenangkan pula.. sekadar yang diyakini tak akan menarik perhatian orang lain sudah la..
Da settle ke?? Terbaik la anda wahai kaum hawa. Tapi ana tengok tudung anda ni lain macam la. Nampak pelik je. Macam bonggol unta pun ada. Nak simpan air ke kat dalam tudung tu..ana ad juga jumpa 'scarf' yg memg khas ad bonggol 2..hmm..
“ala.. ini kan trend zaman sekarang. Semua pakai macam ni. Saya taknak la ketinggalan zaman. Semua nasihat yang abang berikan semua saya ikut.... baju, seluar, perfume, kasut, tudung saya ni.. da tutup dada pun..”
gmbar hiasan

Siapa kata anda ketinggalan zaman. Malah anda sekarang ni mengenakan fesyen orang zaman akan datang. Ye.. tak percaya??? Tengok hadis nabi ni..

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."

(Riwayat Muslim)
Ha.. kan ana da kata. Anda mengenakan fesyen orang zaman akan datang, iaitu fesyen orang dalam neraka. Kenapa terdiam?? Kalau nak cium bau syurga, apa kata anda pakai tudung elok2. Tak payah la buat sanggul kat dalam tudung tu. Da macam busut da ana tengok. Kan manis kalau bertudung biasa je.. tak payah nak ikut “fesyen orang zaman akan datang” tu.. ok??
masih belum terlewat,
IT'S time t0 change HAWA ;)
Wallahu a’alam..
#credit to nazrin syafiq ats pkongsian 

our friendship remains..


A part of you has grown in me.

 And so you see, 

it's you and me together forever and never apart,

 maybe in distance, 

but never in heart.

ukhuwah fillahi abadan abada ♥ :)
it's you :) aisya


dalam sujud cintaku..

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Sunday, April 17, 2011

buatmu muslimat muda!




Dalam riak wajah, ada pancaran dakwah.

 Dalam tutur bicara, ada gema tarbiyyah.

 Dalam gerak langkah, ada semangat mujahidah! 

Kita lupakan wajah yang layu.

 Kita tinggalkan bicara pilu.

 Kita kuburkan langkah yang lesu.
Bangkitlah perjuangan!

Taktkala yang haq mendabik megah dan kebatilan akur menyembah.

Mengapa mengeluh berjuang? 


Bukankah kita anak-anak akhirat?


 Dunia tempat kita bekerja, Jannah tempat rehat dambaan kita. 


Allah tahu, kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta.


 Bersama-sama sahabat, terus thabat! 


Maralah Muslimat Muda demi cintamu kepada Khaliq mu!

~crdt to ITMM 11 

Saturday, April 9, 2011

lawyer! kerjaya yg disalah fahami


Peguam adalah kerja yang hina kerana sanggup membela pesalah.”

“Apa hukum hakim buat keputusan yang salah?

Dalam menjawab soalan sebegini, saya suka menggunakan hujah akal. Jadi, dalam perkara pertama, peguam sering difitnah sebagai golongan yang hina kerana membela pesalah. Benarkah begitu?

Persoalan pertama.

A dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh membunuh seorang wanita dengan kejam. Seluruh masyarakat menghukum A sebagai pembunuh selepas melihat muka A di muka hadapan akhbar. Walaupun mahkamah belum bersidang, tapi hukuman telah dijatuhkan oleh masyarakat. Kemudian disiarkan pula wajah peguam bela bagi A. Maka peguam ini juga dituduh sebagai seorang yang tak berhati perut kerana membela pembunuh.

Persoalan sekarang, atas justifikasi apa masyarakat menjatuhkan hukuman ke atas A?

Dalam situasi ini, peguam tersebut bertindak atas prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Salah kah prinsip ini? Adakah hanya kerana hanya seorang suspek maka dialah yang sebenar bersalah? Mudah benar kita membuat andaian. Peguam tersebut bersangka baik terhadap A kerana bersangka jahat itu salah. Maka oleh kerana mahkamah belum bersidang, tiada apa yang dapat menghalang peguam itu dari membantu membuktikan yang A tidak bersalah.

Andai kata ada seorang saksi, B yang melihat A membunuh. Maka adakah peguam itu harus tunduk saja kepada hujah B itu? Sudah tentu tidak. Oleh kerana tidak diketahui siapakah sebenarnya yang membunuh wanita itu, maka sudah tentu peguam itu akan menentang hujah B bermatian. Bagi peguam itu, boleh jadi B tersilap, dan boleh jadi juga B menerima rasuah. Maka itu, peguam itu tetap membela A bagi membuktikan yang dia tidak bersalah.

Kita tidak tahu samada A benar-benar bersalah atau tidak kerana prinsip yang diguna adalah seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Maka, salahkah bagi peguam itu bersangka baik terhadap A? Sudah tentu tidak bukan? Jadi dengan prinsip itu dan amalan bersangka baik ini, peguam itu akan berusaha membela A bermatian kerana tiada yang mengetahui perkara sebenar kecuali A dan Allah. Jadi selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman ke atas A, selagi itu peguam itu mesti membela A demi mengelakkan seorang yang tidak bersalah dianiyai.

Persoalan kedua.

Adakah hakim yang menjatuhkan hukuman yang salah itu berdosa? Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala. Bagaimana kah seorang hakim itu membuat keputusan? Adakah secara membuta-tuli? Semberono? Sudah tentu tidak! Hakim membuat keputusan berdasar kepada apa yang ada di hadapannya (bukti) .

Jika perkara itu pada tafsirannya begitu, maka begitulah. Kalau hakim membebaskan suspek kerana tidak cukup bukti, maka salah kah hakim? Sudah tentu tidak kerana hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sentimen masyarakat. Selagi tidak dibuktikan bersalah, selagi itu lah orang itu tidak bersalah.'It's better to let them free than punish the innocent one'.  Jadi tiada kesalahan di atas bahu hakim sekiranya keputusan itu rupanya salah. Kerana dia membuat keputusan berdasar pada ijtihad selepas melihat segala bukti yang dikemukakan oleh kedua belah pihak.  > sila rujuk kisah baju besi Saidina Ali 

Dan orang luar tak patut mempertikai keputusan ini kerana sudah nyata tiada sebab orang itu perlu dihukum bersalah. Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti nabi Musa, maka tidak patut kita menyalahkan hakim yang langsung tak buat salah. Ingat, seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.



'Person can act as innocent until he's proven guilty'


Thursday, April 7, 2011

UNITE WITH ISLAM!


Wahai diri..
Kau bukan org biasa..
Pilihan Allah untuk berada di jalan ini..
Yg Allah telah beri qudrat untuk memikul amanah..
beban dakwah terletak di puncak mu.

Wahai diri..
Berjuanglah dgn ap yg ad pada mu..
Dgn kelebihan yg dikurniakan...
usah merasa gentir..
krn kau bukan keseorangan..
Aku ada,dia dan mereka..
yg paling utama kau dan ALLAH

Sunday, April 3, 2011

apabila ilmu 'literature' diaplikasikan...inilah jadinya!


Persahabatan kita ibarat THE PEARL
nilainya amat tinggi ibarat THE NECKLACE
dan semua orang yg mahukan nya seperti PEARL-BUYER
tp 0leh kerana kita sentiasa 
bersama seperti KINO & JUANA
tiada yg bisa merosakkannya 
meski MOKGOBJA sekalipun
bahkan alat secanggih SOUND MACHINE pun
 tidak boleh memisahkan kita
kerana janji ana seperti TOMMY
& tidak akan tinggalkan enti
kerana ana takut enti lupakan ana
seperti TENGGANG'S HOMECOMING
ana harap enti mengingati ana seperti SONNET 18,
jika ana terpaksa pergi dahulu seperti COYOTITO..

halawatul ukhwah
manisnya ukhwah keranaNYA. . .
by ,
ukhuwah fillahi abadan abada



Saturday, April 2, 2011

fikirkan boleh!

Memetik kata-kata dari Esther & Jerry Hicks,penulis Law of Attraction: The Basics of The Teaching Abraham:


"Segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan.Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu.Kesedaran mengenainya dan memahami bagaimana ia berfungsi  begitu penting bagi kita,supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya."

Apakah kaitannya dengan 'fikirkan boleh'? Apa yg sy cuba kongsikan dengan sahabat2 pada entry kali ini adalah segala perkara yg kita fikirkan dengan seluruh perhatian,tenaga dan fikiran sama ada perkara positif(+) @ negatif(-),akan datang dalam kehidupan kita.Itulah definisi Hukum Tarikan,seperti yg ditulis Micheal J.Losier dalam  Law of Attraction (2007).
MAKE UP YOUR MIND!
Jadi,kita mesti berhati-hati ketika memikirkan mengenai kehidupan.Segala apa yg kita fikir dan ungkapkan akan bertindak balas dalam kehidupan kita.Yg lebih menakjubkan, kitabuna          AL QURAN juga mempunyai kuasa ini.Setiap kali selepas membacanya,fahami maksudnya,hati nurani akan menjadi semakin cerah,bersemangat dan bertenaga! Percayalah! Quran seolah-olah membawa jiwa kita menuju kebahagiaan dalam kehidupan ini.Berimanlah dengan Al-Quran dan sunnah.

Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. 
(riwayat Malik)

Menyingkap surah Al-Mukminun ayat 1, yg bermaksud, 

"Sungguh (pasti) beruntung orang-orang yg beriman".

Allah s.w.t telah memberi rumusan besar bahawa orang-orang berimanlah yg dapat jaminan keberuntungan (kejayaan dan kebahagiaan), bukan hanya di dunia tetapi juga mendapat jaminan syurga.

'PERFECT EQUATION'
KEIMANAN = KEJAYAAN = KEBAHAGIAAN

J0m,Fastabiqul Khairat!Ayuh,janakan energi positif dalam kehidupan kita!

Friday, April 1, 2011

colourful!

LIFE IS..
meaningless?
sedap kan?
PELBAGAI WARNA=PELBAGAI RASA !!



jangan kerana warna dan rasa yang pelbagai itu,
kita menjadi rakus,gelojoh
sehinggakan kita lupa apa tujuan sebenar kita makan..
get the HINT??

say NEVER to april fool!

say NEVER to April Fool!

Hari ini 1 April 2011,bersamaan 27Rabi'ul Akhir 1431H,

pertingkatkan iman kita dengan amalan-amalan yang membuahkan kelazatan dalam beribadah.

InsyaAllah!

bukannya April fool ye,dengan memperkenakan orang di sekeliling kita!

itu bukan ajaran Islam,itu perosak iman!



Ok let's make a promise to Allah right now. Today is April Fools Day. 

But we won't lie or do any silly pranks. 

Islam isn't against having fun but not in this way. 

Deal? 

Here's a Hadith for the occasion.


Prophet Muhammed (peace be upon him) said, 
" I guarantee a house in the middle of Paradise for a man/woman who avoids lying even if he/she was joking." 

[Abu Dawud Book 41 Hadith 4782]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

boo-boo dodol namanya...

tolong bagi makan ye ,syukran..=)